Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Punca-punca yang boleh dipercayai Mukim ini diberi nama Mukim Air Hitam, ialah keadaan semula jadi air di kawasan seluruh Mukim ini adalah berwarna hitam dan keadaan tanahnya pun hitam(Tanah gambut). Hinggalah ke hari ini keadaan air dan tanahnya masih lagi hitam.

Luas kawasan Mukim ini lebih kurang 23, 160 ekar, dengan bilangan penduduknya 13, 450 orang, kesemuanya adalah orang Melayu. Walaupun sebahagian besar tanah di Mukim ini tanah gambut, tetapi ada juga terdapat kawasan tanah bukit (Bukit Naning, Bukit Serdang, Bukit Tapai dan kawasan Tanah Merah(G.S.A.).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Dam Haji

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2016

Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan ahli pi1m yang dan mencungkil bakat dan kemahiran peserta dalam permainan dam haji... baca selanjutnya

PROGRAM KDB DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

9 November 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah untuk mewujudkan masyarakat celik digital & media yang menyumbang secara efektif, beretika dan bertanggungjawab... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT KOLAM SEMPENA DEEPAVALI

28 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah untuk mempelajari melalui Youtube serta mempraktikkan aktiviti membuat kolam. Selain itu, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan peserta melalui pertandingan ini... baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN DAN HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA AYER HITAM

10 September 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis Perasmian Pusat Internet telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Saipolbahari Bin Haji Suib, ADUN Bukit Naning pada Sabtu, 10 September 2016... baca selanjutnya

PERADUAN MEMBUAT TULISAN KHAT KUFI KREATIVE DAN CANTIK

26 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Peraduan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat kreatif pelajar dalam mencipta tulisan khat kufi menggunakan Microsoft Excel... baca selanjutnya

PROGRAM HARI PENDIDIKAN KESIHATAN PAKAR MASUK KAMPUNG bersama JKKK mukim

23 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program Hari Pendidikan Kesihatan ini diadakan pada hari Sabtu, 23 Julai 2016 bertempat di Kompleks Penghulu mukim Ayer Hitam. Tujuan program ini diadakan adalah memberi peluang kepada warga setempat untuk membuat saringan kesihatan dengan percuma yang dilakukan oleh kakitangan Hospital Sultanah Fatimah, Muar... baca selanjutnya

PERADUAN MEREKACIPTA POP UP KAD RAYA

24 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Peraduan merekacipta pop up kad raya ini diadakan pada hari Jumaat, 24 Jun 2016 bertempat di PI1M Ayer Hitam. Program ini disertai oleh 8 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan peraduan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat kreativi pelajar serta mengembangkan lagi fungsi internet kepada mereka... baca selanjutnya

KELAS ICT SEMPENA CUTI SEKOLAH

2 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT ini akan dijalankan bermula pada 5 Jun sehingga 9 Jun 2016, bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia, Kompleks Penghulu Ayer Hitam Batu 18 1/2. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan kanak-kanak dalam menggunakan perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint serta Adobe Photoshop... baca selanjutnya

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016

Aktiviti Terkini | 18 - 19 Mei 2016

Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor... baca selanjutnya

GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PT HJ YAAKUB (ZON Ru Dan ZonPuding) UNTUK PERTANDINGAN ADSIM

22 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program gotong-royong ini diadakan pada hari Ahad, 22 May 2016 bertempat di Kampung Parit Yaakub Batu 17 1/2 Ayer Hitam. Program ini disertai oleh penduduk setempat... baca selanjutnya

BINGO COMPETITION

22 April | Aktiviti Terkini

Program ini diadakan pada hari Jumaat, 22 April 2016 dan disertai oleh kira-kira 15 orang kanak-kanak dan remaja disekitar Ayer Hitam. Kuiz ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meransang minda serta menguji kemahiran berfikir dalam menyelesaikan bingo yang diberi... baca selanjutnya

KUIZ MATEMATIK

19 MAC 2016 | Aktiviti Terkini

Kuiz Matematik ini diadakan pada hari Sabtu, 19 Mac 2016 dan disertai oleh kira-kira 13 orang kanak-kanak dan remaja disekitar Ayer Hitam... baca selanjutnya

PROGRAM KEMASKINI MAKLUMAT BERSAMA KAKITANGAN KEMAS

11 FEBRUARI 2016 | Aktiviti Terkini

Program Kemaskini Maklumat Bersama Kakitangan KEMAS diadakan pada hari Khamis, 11 Februari 2016... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

PERTANDINGAN CROSSWORD PUZZLE

23 JANUARI 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Crossword Puzzle diadakan bertujuan untuk... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti