Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Punca-punca yang boleh dipercayai Mukim ini diberi nama Mukim Air Hitam, ialah keadaan semula jadi air di kawasan seluruh Mukim ini adalah berwarna hitam dan keadaan tanahnya pun hitam(Tanah gambut). Hinggalah ke hari ini keadaan air dan tanahnya masih lagi hitam.

Luas kawasan Mukim ini lebih kurang 23, 160 ekar, dengan bilangan penduduknya 13, 450 orang, kesemuanya adalah orang Melayu. Walaupun sebahagian besar tanah di Mukim ini tanah gambut, tetapi ada juga terdapat kawasan tanah bukit (Bukit Naning, Bukit Serdang, Bukit Tapai dan kawasan Tanah Merah(G.S.A.).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018

Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya

Pertandingan “Pic Up Stik”

Aktiviti Terkini | 25 November 2018

Tujuan program ini adalah untuk memupuk nilai berdaya saing dalam kalangan para peserta yang terlibat. Selain itu, pertandingan ini juga diadakan untuk menguji kecedasan minda peserta supaya stick tidak bergerak semasa proses mengambil satu stik... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB), SMK Dato, Onn

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program KDB ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pengguna internet bawah umur dan penggunaan internet secara positif dan berguna salah satu langkah bijak dalam dunia cyber ini... baca selanjutnya

Roadshow Pusat Internet Ayer Hitam Bersama Pusat Khidmat Dun Bukit Naning & Pejabat Penghulu Mukim

Aktiviti Terkini | 28 - 29 September 2018

Program Roadshow Pusat Internet Ayer Hitam bersama Pejabat Khidmat Dun & Pejabat Penghulu Mukim yang diadakan ini adalah sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet Ayer Hitam di samping... baca selanjutnya

Beauty Class Mark ft. MUA Wani

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2018

Program ini adalah jemputan dari AVON kepada PI yang mana bertujuan untuk menambah ilmu tentang bisness online dan juga make up asas yang akan di bombing oleh MUA Wani, yang mana ilmu ini boleh di gunakan untuk aktiviti di PI pada masa akan datang... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Program Kepimpinan Khalifah Genius

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2018

Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Di samping itu para pelajar dapat meningkatkan keyakinan daripada diri mereka. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah disampaikan... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB)

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2018

Program KDB ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pengguna internet bawah... baca selanjutnya

Tutorial Anyaman Ketupat Daun Kelapa

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Tujuan program diadakan adalah berkongsi ilmu anyaman ketupat daun kelapa. Selain mengeratkan hubungan silaturrahim, program ini juga dapat mengekalkan tradisi hari raya supaya tidak di telan zaman... baca selanjutnya

Gotong Royong Raya

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018

Tujuan program diadakan adalah untuk mencantik dan menghias PI1M sempena kedatangan Syawal yang akan tiba. Selain itu, ia dapat pengeratkan silaturrahim antara peserta yang terlibat dan kakitangan PI1M... baca selanjutnya

Tutorial Pemakaian Tudung Bawal

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim Antara pi1m dan golongan sasar. Selain itu, dapat memberikan ilmu dalam kepelbagaian pemakaian tudung dengan pelbagai gaya dan fesyen, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita muslimah... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 5, 8 & 12 Mac 2018

Tujuan program ini adalah untuk memberikan penerangan kepada pelajar di 3 buah sekolah berkenaan mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak. Selain itu, kuiz yang di berikan dapat menguji kefahaman pelajar tentang maklumat yang di sampaikan... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya

Pertandingan Wooden Jenga

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2018

Tujuan program ini adalah untuk menguji ketangkasan, konsentrasi dan kesabaran para peserta ketika bermain permainan wooden jenga. Selain itu, permainan ini juga menguji IQ para perserta dalam menyusun strategi terbaik untuk memenangi permainan ini... baca selanjutnya