INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
SEJARAH AM

Mukim Air Hitam ialah salah sebuah daripada 17 (tujuh belas mukim) di dalam Daerah Muar. Mukim Air Hitam telah diteroka sejak tahun 1924. Penghulu-penghulu yang menjalankan pentadbiran di mukim ini adalah seperti berikut:

  • 1. Allahyarham Tuan Hj. Mohamad bin Damin
  • 2. Tuan Hj. Jono.
  • 3. Tuan Hj. Hadoson bin Hj. Jono.
  • 4. Encik Halim bin Hussin.
  • 5. Tuan Hj. Atan bin Maan.
  • 6. Yang ada sekarang:
  • a. Tuan Hj. Mohd Mustiman bin Hj. Jumiran.
  • b. Encik Haron bin Hj. Abdullah.
  • Punca-punca yang boleh dipercayai Mukim ini diberi nama Mukim Air Hitam, ialah keadaan semula jadi air di kawasan seluruh Mukim ini adalah berwarna hitam dan keadaan tanahnya pun hitam (Tanah gambut). Hinggalah ke hari ini keadaan air dan tanahnya masih lagi hitam.

    Luas kawasan Mukim ini lebih kurang 23, 160 ekar, dengan bilangan penduduknya 13, 450 orang, kesemuanya adalah orang Melayu. Walaupun sebahagian besar tanah di Mukim ini tanah gambut, tetapi ada juga terdapat kawasan tanah bukit (Bukit Naning, Bukit Serdang, Bukit Tapai dan kawasan Tanah Merah (G.S.A.).

    Penduduk di Mukim Ayer Hitam seramai 9,050 orang dan kebanyakan mereka mengusahakan penanaman nenas.

    Rekreasi & Pelancongan
    KAWASAN RIADAH

    Kedai Makan Menarik berhampiran ialah Warong Mak Tok berada di batu 19. Kedai ini diusahakan oleh Puan Norani Abd Rahman dan beliau boleh dihubungi di 019-6721664. Kedai ini menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Beliau juga menyediakan perkhidmatan catering. Menu SPECIAL & SEDAP ialah asam pedas.

    Homestay Ahmad yang berada di Kg Parit Haji Zain, Batu 15 ½, Air Hitam. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, 4 bilik air dan dilengkapi dengan perabut. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah TV, tempat memasak. Homestay ini berdekatan dengan Klinik, kedai runcit, sekolah agama dan kedai makan. Sewa yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu RM300 sehari. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Ahmad bin Kassim di 019-6263002.

    Bandar baru di Batu Pahat:
    Selain terdapat taman-taman perumahan, Batu Pahat yang semakin pesat membangun ini turut mempunyai bandar-bandar baru yang penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Antara bandar baru yang dimaksudkan ialah:
    - Bandar Putera Indah
    - Pura Kencana
    - Evergreen Height
    - Taman Universiti
    - Taman Mutiara Perdana
    - Taman Gading Emas

    Kemudahan Awam

    Tempat makan yang menarik:
    - Teratak Noor Bariani: Restoran ini terletak di Batu 4, Jalan Kluang berhadapan dengan Masjid Jamek Sri Beroleh dan bersebelahan dengan Shell.
    - Restoran Ceria Maju - Restoran ini terletak di Jalan Rahmat bersebelahan dengan Pejabat Pos Batu Pahat.
    - Restoran Madinat Hadramawt - Lokasi restoran ini terletak di Jalan Jelawat Taman Banang berdepan dengan Bank Muamalat dan berdekatan dengan stesen minyak Caltex.
    - Restoran Asam Manis - Terletak Jalan Setia Jaya 2 83000 Batu Pahat, Johor. Pelbagai jenis makanan disediakan.
    - The Windmill Station - Beralamat 25 & 27 Jalan Murni 11, Taman Murni, 83000 Batu Pahat, Johor.
    - Daddy Village - Restoran ini beralamat di no 18 & 20 Jalan Kundang 3, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat.
    - Hentian Selera Parit Sulong-Simpang Lima.

    Pendidikan

    Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam atau nama ringkasnya SK Ayer Hitam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 18 Bt 18, Air Hitam. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam memiliki 238 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 467 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru

    Kisah Kejayaan

    Mohd Alifff Haikal Bin Jamian
    Celik IT

    Umur:
    12 tahun

    No. Tel:
    +60 17-992 6758

    Keahlian PEDi:
    5/5/2015

    Bentuk Celik It:
    Kemahiran menggunakan perisian

    Kisah Kejayaan:
    Latar belakang: Adik Mohd Alifff Haikal Bin Jamian berusia 12 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Batu 18, Muar Johor.

    Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
    Sebelum ini beliau kurang mahir menggunakan Komputer dan kurang pendedahan tentang internet dan software yang ade seperti Microsoft Office.

    Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
    Melalui kelas-kelas ICT yang Pi1M Ayer Hitam anjurkan, Adik Mohd Aliff telah pun menguasai penggunaan Microsoft word dan excel. Adik Mohd Aliff Haikal telah mahir membuat tulisan jadual dan juga borang dengan menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Word. Beliau juga kita boleh membantu rakan-rakan yang belum mahir menggunakan Microsoft office berkenaan.

    Maklumbalas Pendapat:
    - PIK membantu menambah kemahiran dalam penguasan Microsoft Office.

    Apa yang dipelajari melalui PEDi:
    - Mengenal fungsi dan kelebihan Microsoft Office.
    - Mempelajari kepelbagaian yang boleh di buat dengan Microsoft office.
    - Mempelajari teknik-teknik yang boleh digunakan dan untuk membuat kerja dengan cepat cantik dan kemas.

    Berikut adalah gambar-gambar mengenai Mohd Alifff Haikal Bin Jamian:


    Adik Mohd Aliff Haikal dalam kelas Microsoft word dan excel



    Adik Mohd Aliff Haikal yang berbaju biru membantu rakan-rakan lain dalam membuat tugasan yang diberikan. Hasil kerja setelah hadir beberapa kali kelas ICT.


    Keusahawanan


    NAMA: NORHAFIZAH BINTI MOHD AZIZ
    NAMA PERNIAGAAN: NOOR AZMI FOOD ENTERPRISE
    ALAMAT: POS 24, KG SEMERAH DARAT, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR
    NO. TELEFON: 017-822 6002
    FACEBOOK: https://www.facebook.com/norhafizamohdaziz?fref=ts
    MULA BEROPERASI PADA: AKHIR TAHUN 2012.
    NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM: JR0052279-V
    JENIS PERNIAGAAN: PEMBEKAL UTAMA KEREPEK TEMPE CRUNCHY & MENJUAL PELBAGAI ANEKA KUIH MUIH (BAULU, KEK, ROTI, PIZZA, PAU MAWAR)

    SEDIKIT LATAR BELAKANG:
    Puan Norhafizah mula menjual kek pada akhir tahun 2012. Selepas itu, pada pertengahan tahun 2013, Puan Norhafizah memulakan perniagaan TEMPE CRUNCHY yang merupakan perniagaan utamanya sekarang ini dengan bermodalkan hanya RM500 sahaja.
    Perjalanan perniagaan tempe crunchy ini dimulakan dengan liku-liku perniagaan dan membuat pemotongan tempe secara manual. Apabila perniagaan sudah semakin maju, Puan Norhafizah mampu membeli mesin pemotong tempe, mixer industri, oven industri satu demi satu.
    Pada mulanya, kerepek ini hanya dijual dengan dibawa oleh adik-beradik ke tempat kerja danjuga sekolah. Sejak mengaktifkan diri dengan Facebook, Alhamdulillah peniagaan semakin mendapat sambutan. Bermulalah episod menghantar kerepek tempu crunchy dan kuih muih ke kedai-kedai kuih, warung dan kedai runcit.
    Pendapatan juga bertambah dari sebulan ke sebulan. Pendapatan kasar sekarang ialah RM6000-7000 sebulan. Sambutan kerepek tempe ini juga telah meluaskan penyebarannya sehinga ke Melaka, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan juga Singapura. InsyaAllah Puan Norhafizah berazam untuk meluaskan dan mengembangkan lagi perniagaannya sehingga ke Brunei.

    Kerepek Tempe Crunchy


    Pelbagai Kuih Muih (baulu, kek, roti, pizza, pau mawar)





    NAMA : NUR SUHADA BTE AHMAD HADZORI
    NAMA PERNIAGAAN: RIZQIN MANIS ENTERPRISE
    ALAMAT : NO 592, AIR HITAM, BATU 18 ¼, 84050, MUAR JOHOR
    NO HANDPHONE: 011-1857 7804
    FACEBOOK: https://www.facebook.com/Suhada Su?fref=ts
    MULA BEROPERASI PADA: 2 OGOS 2015
    NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM: JR0057640-X
    JENIS PERNIGAAN: MENJUAL, MEMPROSES, MENGEDAR ANEKA BAHULU, KUIH MUIH TRADISIONAL, KEK, BISKUT, MAKANAN SEJUK BEKU.

    PELBAGAI BAHULU





    NAMA : SITI UMIRAH HASLIN BINTI ROSLAN
    NAMA PERNIAGAAN: HOMEMADE BY UMIE
    ALAMAT : NO. 332 LORONG HUSSIN BATU 16 1/2, AIR HITAM, 84060 MUAR, JOHOR.
    NO HANDPHONE: 012-3310367
    FACEBOOK: https://www.facebook.com/Siti Umirah Haslin?fref=ts
    MULA BEROPERASI PADA: 2013
    JENIS PERNIGAAN: MENJUAL, MEMPROSES, MENGEDAR KEK DAN DESERT

    PELBAGAI KEK


    DESERT