PERADUAN MEREKACIPTA POP UP KAD RAYA

24 Jun 2016

Peraduan merekacipta pop up kad raya ini diadakan pada hari Jumaat, 24 Jun 2016 bertempat di PI1M Ayer Hitam. Program ini disertai oleh 8 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan peraduan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat kreativi pelajar serta mengembangkan lagi fungsi internet kepada mereka. Hadiah bagi peraduan ini adalah sumbangan berbentuk duit raya yang telah disampaikan oleh pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Ayer Hitam. Peraduan yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini berakhir dengan jayanya pada pukul 12.30 tengah hari. Para peserta kelihatan gembira dengan sumbangan duit raya yang diperolehi.



kembali ke halaman utama