BINGO COMPETITION

22 April 2016

Program ini diadakan pada hari Jumaat, 22 April 2016 dan disertai oleh kira-kira 15 orang kanak-kanak dan remaja disekitar Ayer Hitam. Kuiz ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meransang minda serta menguji kemahiran berfikir dalam menyelesaikan bingo yang diberi. Program ini dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi untuk kategori sekolah menengah yang bermula pada pukul 9.30 pagi. Manakala sesi petang pula untuk kategori sekolah rendah yang dijalankan selama 2 jam bermula dari pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Para peserta yang terlibat kelihatan gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan tidak sabar untuk menyertai aktiviti pada bulan-bulan seterusnya.



kembali ke halaman utama