Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Punca-punca yang boleh dipercayai Mukim ini diberi nama Mukim Air Hitam, ialah keadaan semula jadi air di kawasan seluruh Mukim ini adalah berwarna hitam dan keadaan tanahnya pun hitam(Tanah gambut). Hinggalah ke hari ini keadaan air dan tanahnya masih lagi hitam.
Luas kawasan Mukim ini lebih kurang 23, 160 ekar, dengan bilangan penduduknya 13, 450 orang, kesemuanya adalah orang Melayu. Walaupun sebahagian besar tanah di Mukim ini tanah gambut, tetapi ada juga terdapat kawasan tanah bukit (Bukit Naning, Bukit Serdang, Bukit Tapai dan kawasan Tanah Merah(G.S.A.).
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI MALAYSIA : AKTIVITI MEWARNA
Aktiviti Terkini | 3 September 2024Aktiviti mewarna bersempena Sambutan Hari Malaysia 2024 telah dijalankan. ......................baca selanjutnya
AKTIVITI D.I.Y : KOTAK HIASAN TEMA KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2024Aktiviti bersempena Bulan Kemerdekaan ini dijalankan melibatkan penggunjung setia NADI Kompleks Penghulu Ayer Hitam. ......................baca selanjutnya
PROGRAM JIWA MADANI SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN K.D.Y.MM SERI PADU BAGINDA YANG DI PERTUANG AGONG KE-17
Aktiviti Terkini | 20 Julai 2024Mengalakan komuniti untuk bersama sama mengenali Istiadat Istana Pertabalan Agong di Malaysia. ......................baca selanjutnya
KELAS ICT – MICROSOFT POWER POINT
Aktiviti Terkini | 8 Jun 2024Pelajar diperkenalkan dengan teknik membuat transition gambar 3 3D. ......................baca selanjutnya
KELAS ICT –MICROSOFT EXCEL
Aktiviti Terkini | 3 Mei 2024Pelajar diperkenalkan dengan format membuat jadual dengan menggunakan perisian Microsoct Excel......................baca selanjutnya
KELAS ICT –MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 2 April 2024Pelajar diperkenalkan dengan format penulisan Surat Rasmi bagi tujuan Rasmi surat menyurat dengan pihak sekolah.....................baca selanjutnya
PERTANDINGAN PERMAINAN PAPAN KLASIK NADI AYER HITAM
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2024Bagi mengasah kemahiran berfikir kritis dan praktikal dalam kalangan peserta....................baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU (MAKE CODE)BERTEMAKAN TAHUN BARU CINA
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024Menggalakkan lagi lebih ramai penyertaan dalam aktiviti dan kelas yang dianjurkan PEDi...................baca selanjutnya
PENDAFTARAN PADU PERDANA KOMUNITI AYER HITAM
Aktiviti Terkini | 21 - 24 Januari 2024Membantu saranan kerajaan dalam mengisi pengkalan data PADU..................baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya