PROGRAM JIWA MADANI SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN K.D.Y.MM SERI PADU BAGINDA YANG DI PERTUANG AGONG KE-17

Aktiviti terkini | 20 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Taman Rengit Indah

Nama VIP:
• Yang Berhormat Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (( Ahli Parlimen Batu Pahat)

Ringkasan Aktiviti :
Program Jiwa Madani di bawah anjuran bersama pihak NADI dan Jabatan Penerangan Daerah Batu Pahat telah dijalankan bersempena Lintas langsung Istiadat Pertabalan K.D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 17. Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Tuan Haji Onn bin Abu Bakar. Antara pengisian program adalah Perasmian Jiwa Madani oleh YB Ahli Parlimen Batu Pahat, Pembentangan Kenali NADI Bersama Komuniti Madani dan pancaran LCD Lintas langsung Istiadat Pertabalan K.D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 17.

Tujuan :
• Mempromosikan Program Kenali Madani bersama Komuniti Madani yang dianjurkan hasil kerjasama dengan Jabatan penerangan
• Mengalakan komuniti untuk bersama sama mengenali Istiadat Istana Pertabalan Agong di Malaysia

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula jam 8.30 pagi dengan Pengumuman Ketibaan tetamu berhormat dan jemputan VIP oleh MC yang dikendalikan oleh Pengurus NADI Kompleks Penghulu Ayer Hitam. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil KRT.
• Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Penghulu Mukim 11 Rengit dan di ikuti ucapan perasmian oleh Ahli parlimen Batu Pahat.
• Slot Taklimat Pengenalan NADI di kendalikan oleh Penolong Pengurus NADI Taman Rengit Indah, Puan Fakhriah binti Ahmad Radzuan
• Slot seterusnya dikendalikan oleh Puan Ain wakil daripada Jabatan Penerangan Batu Pahat berkaitan Bantuan Budi Madani.
• Slot terakhir ialah Slot Pancaran Skrin Layar Lintas langsung Istiadat Pertabalan K.D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 17.
• Peserta dan komuniti bersurai setelah acara selesai.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan lagi NADI kepada komuniti terutama Komuniti Madani Taman Rengit Indah.
• Memperkenalkan perkhidmatan yang dijalankan oleh NADI khusus untuk komuniti
• Membina hubungan jalinan mesra Bersama pihak JPKK, Penghulu dan Pejabat Ahli Parliman Batu Pahat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :