PERTANDINGAN PERMAINAN PAPAN KLASIK NADI AYER HITAM

Aktiviti terkini | 16 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kompleks Penghulu Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan Papan klasik menggunakan Monopoli dijalankan dengan melibatkan 9 orang peserta. Setiap peserta diberikan sejumlah wang untuk digunakan melabur dalam bidang hartanah di papan permainan monopoli. Peserta yang pada akhir permainan mempunyai jumlah wang dan aset terpaling banyak di kira sebagai pemenang.

Tujuan :
• Bagi mengasah kemahiran berfikir kritis dan praktikal dalam kalangan peserta.
• Di samping itu, tujuan adalah untuk menarik minat peserta untuk terus terlibat dengan aktiviti aktiviti anjuran NADI Ayer Hitam.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 9.00 AM - Pengagihan kumpulan pemain Monopoli
• 9.05 AM - Memulakan Permainan Monopoli Kumpulan 1
• 10.50 - Tamat permainan dan pengiraan jumlah aset serta wang setiap pemain kumpulan 1
• 11.00 AM - Memulakan Permainan Monopoli Kumpulan 2
• 12.50 PM - Tamat permainan dan pengiraan jumlah aset serta wang setiap pemain Kumpulan 2
• 1.00 PM - Pembahagian hadiah dan bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelaksanaaan program ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan Pusat Sebaran Makluamat Nasional Ayer Hitam kepada masyarakat.
• Selain itu, membantu peserta mengasah kemahiran insaniah (softskill) dalam usaha mendidik peserta berkaitan kemahiran kewangan melalui permainan papan Monopoli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :