PENDAFTARAN PADU PERDANA KOMUNITI AYER HITAM

Aktiviti terkini | 21 - 24 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program dijalankan dengan kerjasama penghulu dan pembantunya dalam pengisian borang PADU secara atas talian. Program ini berlangsung dalam tempoh empat hari dengan mensasarkan satu hari dua buah kampung. Komuniti datang secara terus ke kaunter yang dibuka bersama dokumen yang diperlukan.

Tujuan :
• Membantu saranan kerajaan dalam mengisi pengkalan data PADU.
• Mendedahkan komuniti warga emas dengan penggunaan komputer.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program berjalan dalam tempoh empat hari dengan bantuan penghulu. Dalam pengurusan kehadiran komuniti mengikut Tarikh dan kampung yang ditetapkan.
• Program telah mensasarkan satu hari khusus untuk dua kampung.
• Penukaran kaunter fizikal PEDi kepada kaunter bukan fizikal menyebabkan kesesakan PEDi bagi pendaftaran PADU.
• Seramai 217 orang telah berjaya mendaftar PADU dengan bantuan PEDi.
• Pelbagai isu komuniti yang kami bantu bersama sama dalam pengisian PADU.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan pihak penghulu untuk program dan kerjasama yang akan datang.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :