PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU (MAKE CODE) BERTEMAKAN TAHUN BARU CINA

Aktiviti terkini | 20 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kompleks Penghulu Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan sebuah pertandingan berkumpulan di mana peserta perlu membuat atau mencipta sebuah lagu bertemakan tahun baru cina dengan menggunakan aplikasi make code . Peserta perlu membuat aturcara make code dengan kreatif disamping dengan rekaan lagu tersebut.

Tujuan :
• Menggalakkan lagi lebih ramai penyertaan dalam aktiviti dan kelas yang dianjurkan PEDi.
• Memupuk hubungan yang lebih erat antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Ayer Hitam dengan peserta selain menguji tahap pemahaman mereka terhadap kelas yang pernah disertai terutamanya kelas Micro:Bit.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 2.00 PM : Pendaftaran Peserta
• 2.30 PM : Pembahagian Peserta Kepada Beberapa Kumpulan
• 2.45 PM : Memulakan Pertandingan Mereka Cipta Lagu Bertemakan Tahun Baru Cina Dengan Menggunakan Makecode Dan Micro:Bit.
• 4.45 PM : Penyampaian Hadiah Dan Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan lagi peserta dan rakan-rakan untuk mengikuti kelas ICT yang di anjurkan PEDi.
• Menguji tahap kefahaman peserta terhadap kelas ICT yang di anjurkan sebelum ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :