TAKLIMAT KDB BERSAMA PELAJAR DAN GURU SEK KEB AYER HITAM BATU 18

Aktiviti terkini | 14 September 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Sek Keb Ayer Hitam Batu 18, Muar


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi dan sekolah dalam meyampaikan taklimat berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar dan juga guru. Program telah di bahagi kepada dua iaitu sesi satu untuk pelajar pelajar tahun 1, 2 dan 3 dan sesi dua untuk pelajar tahun 4 dan 5. Selain taklimat dan penerangan pelajar juga telah diberikan kuiz dan hadiah

Tujuan :
• Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru tentang kebaikan dan keburukan Internet.
• Menguji kefahaman pelajar tentang KDB.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi.
• Antara pengisian sepanjang program ialah penerangan tentang tajuk-tajuk kecil KDB seperti, maklumat palsu, buli siber dan juga terlebih kongsi. Kami juga membuat sesi soal jawab bersama pelajar untuk menguji kefahaman mereka tentang taklimat yang disampaikan.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan pihak sekolah untuk program dan kerjasama yang akan datang.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Mendidik generasi akan datang tentang kepentingan keselamatan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :