PROGRAM PERSEDIAAN TAMAT PENGAJIAN: PENDIDIKAN KHAS SMK DATO’ ONN

Aktiviti terkini | 14 September 2022

Tempat Aktiviti:
Smk Dato Onn


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini melibatkan 41 peserta dan 15 orang guru Pusat Pendidikan Khas Integeasi SMK Dato Onn. Program di bahagikan kepada 3 slot utama iaitu Slot KDB, Slot Pengenalan E-Dagang dan Slot praktikal E-commerce

Tujuan :
• Mempromosikan platform e-Commerce terhadap belia yang baru ingin memulakan perniagaan.
• Berkongsi ilmu asas perniagaan kepada pelajar istimewa sebagai pendedahan setelah tamat belajar.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan dalam tempoh setengah hari dan melibatkan 41 peserta yang telah hadir. Kelas telah di jalankan di Dewan dan makmal komputer SMK Dato Onn. Program telah dijalankan hasil kerjasama PEDi Ayer Hitam, PEDi, Parit Othman, PEDi Taman Nira dan PEDi Sungai Nibong.
• Antara pengisian sepanjang program ialah Klik Dengan Bijak. Pendedahan terhadap salahlaku di atas talian dan cara untuk menghindari salah laku atas talian adalah penting bagi membantu golongan pelajar cakna dengan isu semasa
• Slot seterusnya ialah pengenalan e-dagang. Slot ini mebincangkan tentang asas perniagaan secara atas talian
• Slot Praktikal E-Commerce telah melibatkan 5 Orang pelajar terpilih ubtuk menjalankan praktikal secara langsung dalam membina akaun di platform Kiah.Store

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Memupuk semangat keushawana dalam kalanagan belia komuniti sekitar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :