TAKLIMAT DAN DEMONSTRASI ALAT PEMADAM KEBAKARAN

Aktiviti terkini | 11 September 2022

Tempat Aktiviti:
Balai Bomba Dan Penyelamat Penggaram, Batu Pahat


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi ayer Hitam dan PEDi Kluster Batu Pahat. Program ini berlangsung di Balai Bomba Dan Penyelamat Penggaram Batu Pahat. Program ini melibatkan semua kakitangan PEDi Ayer Hitam dan PEDi Kluster Batu Pahat. Kami diberikan taklimat tentang jenis-jenis alat pemadam api, cara memadamkan kebakaran dan cara penggunaan alat pemadam api yang betul. Setelah selesai taklimat, kami diberikan demonstrasi cara memadamkan api, dan setiap kakitangan diberikan peluang untuk menggunakan alat pemadam api.

Tujuan :
• Memberikan ilmu yang betul cara menggunakan alat pemdam api.
• Mendapat pengetahuan tentang alat yang sesuai untuk memadam api.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 petang
• Antara pengisian sepanjang program ialah taklimat dari pegawai bomba tentang jenis-jenis alat pemadam api, dan cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan PEDi dari Kluster Batu Pahat untuk program dimasa akan datang.
• Memberikan ilmu yang penting cara menangani kebakaran.
• Mendapat tunjuk ajar tentang cara menggunakan alat pemadam api yang betul dari pegawai bomba dan penyelamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :