PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

Aktiviti terkini | 2 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi dan sekolah tabika KEMAS bagi menjayakan program pertandingan umewarna bersama kanak-kanak tabika. Kanak-kanak diberikan sedikit penerangan tentang PEDi Ayer Hitam. Program ini juga melibatkan ibu dan bapa serta guru. Kanak-kanak diberikan kertas lukisan yang telah sedia ada gambar untuk di warnakan. Mereka diberikan masa selama 2 jam untuk mewarna. Lukisan yang paling kemas dan cantik telah dipilih sebagai pemenang.

Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi Ayer Hitam kepada kanak-kanak tabika, guru dan ibu bapa.
• Memupuk hubungan antara PEDi dan KEMAS.
• Memupuk semangat kanak-kanak untuk suke mewarna selain mengasah kemahiran mewarna mereka.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 petang
• Antara pengisian sepanjang program ialah kanak-kanak diberikan kertas bergambar untuk diwarnakan. Kanak-kanak dibantu ibubapa untuk mewarna lukisan mereka, dan yang paling cantik dan kemas dikira sebagai pemenang. Pemenang utama no satu hingga tiga mendapat hadiah utama, manakala yang lain mendapat hadiah saguhati berbentuk hamper. Kemudian, kami mengadakan sesi bergambar, dan bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan pihak sekolah untuk program dan kerjasama yang akan datang.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Menarik minat kanak-kanak untuk mewarna. • Mengasah bakat kanak-kanak dalam kemahiran mewarna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :