PROGRAM “YOUTH E-COMMERCE”

Aktiviti terkini | 15 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading


Nama VIP:
• En Khairul Anwar b Mohd Jais (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar)
• En Muhammad Saddiq Suhaimi (Mentor Diploma Technology Maintenance)

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara 4 buah PEDi dan dijalankan di KKTM Sri Gading. Program telah dijalankan telah dibahagikan kepada 5 slot. Setiap slot dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berbeza beza.

Tujuan :
• Memperkukuhkan pengetahuan perniagaan dalam talian belia.
• Mempekenalkan kepelbagaian platfom perniagaan atas talian untuk belia.
• Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Program di hadiri seramai 20 orang pelajar jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Dan Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan Dan Penyelengaraan)
• Program telah dibahagikan kepada 5 slot kelas iaitu Slot KDB terlebih berkongsi maklumat, Slot Kedai Shopee, Slot 1688.Com, Slot Tiktok Shop dan akhir sekali Slot Pemasaran Copywritting
• Perasmian Penutupan program telah disertai oleh beberapa orang pensyarah akademik dan diketuai oleh En Khairul Anwar b Mohd Jais Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Mengukuhkan hubungan erat diantara PEDi Bersama agensi MARA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :