TAKLIMAT KDB DAN PROGRAM KEMERDEKAAN BERSAMA PELAJAR DAN GURU SEK MEN KEB BUKIT NANING

Aktiviti terkini | 4 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Sek Men Keb Bukit Naning


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi dan sekolah dalam meyampaikan taklimat berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar dan juga guru. Oleh kerana program ini di buat pada bulan kemerdekaan, maka dengan ini kami selitkan juga kuiz yang berkaitan dengan kemerdekaan.

Tujuan :
• Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru tentang kebaikan dan keburukan Internet.
• Menguji kefahaman pelajar tentang KDB.
• Memupuk semangat patriotisma di kalangan pelajar
• Menguji pelajar tentang sejarah negara.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.
• Antara pengisian sepanjang program ialah penerangan tentang tajuk-tajuk kecil KDB seperti, maklumat palsu, penipuan kewangan dan juga pengantunan. Kami juga membuat sesi soal jawab bersama pelajar untuk menguji kefahaman mereka tentang taklimat yang disampaikan.
• Selepas selesai program taklimat KDB kami selitkan sedikit program kemerdekaan, di mana kami meminta pelajar untuk melangkan merdeka sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat. Kemudian kami memberikan sedikit kuiz berkaitan dengan kemerdekaan dan fakta sejarah.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan pihak sekolah untuk program dan kerjasama yang akan datang.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Melahirkan generasi yang mengikut prinsip rukun Negara dalam alam maya.
• Menyemai sifat cintakan Negara dan tanah air.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :