PROGRAM PERTANDINGAN MEMBUAT REKAAN PIXL ART

Aktiviti terkini | 5 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan sebuah pertandingan reka bentuk yang di lukis dengan menggunakan kesenian pixl art dengan aplikasi Microsoft Excel. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PEDi. Mereka perlu menyiapkan rekaan dalam masa sejam, rekaan yang paling cantik menarik dan kemas di pilih sebagai pemenang. Peserta di berikan hadiah untuk johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati.

Tujuan :
• Menguji kreativiti peserta.
• Sebagai ulang kaji untuk kelas yang pernah mereka ikut.
• Mewujudkan peserta yang berdaya saing yang sihat, untuk saling membuat rekaan yang menarik.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
• Antara pengisian sepanjang program ialah peserta membuat rekaan mereka di komputer dengan Microsoft Excel, dan menghasilkan rekaan dalam masa sejam. Rekaan yang paling cantik, kemas dan menarik dipilih sebagai pemenang.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Menarik minat peserta untuk berkunjung ke pedi dengan adanya pelbagai aktiviti yang menarik untuk mereka.
• Mengasah bakat peserta membuat rekaan yang cantik dan menarik.
• Mengulang kaji pelajaran yang mereka belajar semasa kelas ict.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :