PROGRAM BELIA E-COMMERCE BERSAMA GIATMARA

Aktiviti terkini | 22-25 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDI Parit Othman


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini melibatkan 53 peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar Giatmara Parit Sulong. Program terbahagi kepada tiga slot utama iaitu Slot “Setup Shop Shopee”, Slot KDB dan Slot Pemasaran Digital

Tujuan :
• Mempromosikan platform e-Commerce terhadap belia yang baru ingin memulakan perniagaan.
• Berkongsi ilmu asas pemasaran secara digital kepada golongan belia.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan dalam tempoh empat hari dan melibatkan 53 peserta yang telah hadir. Kelas telah di jalankan di PEDi Parit Othman. Program telah dijalankan hasil kerjasama PEDi Ayer Hitam, PEDi, Parit Othman dan PEDi Sungai Nibong.
• Antara pengisian sepanjang program ialah cara untuk membina akaun penjual di Shopee. Slot ini telah menggalakan peserta untuk memulakan perniagaan di atas talian.
• Slot seterusnya ialah Slot Klik Dengan Bijak. Pada slot ini bertujuan untuk beri pendedahan kepada usahawan berkaitan isu penipuan kewangan.
• Slot Pemasaran Digital ialah slot perkongsian bagi usahawan untuk mengenal asas strategi pemasaran dan mempromosikan produk.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Memupuk semangat keushawana dalam kalanagan belia komuniti sekitar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :