SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : PIXEL ART BERSAMA PELAJAR PEDI AYER HITAM

Aktiviti terkini | 18 MAC 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDI Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian kali ini berkaitan pembelajaran secara langsung di dalam kelas Pusat Ekonomi Digital Ayer Hitam Bersama 3 orang pelajar. Pengisian Siaran Langsung lebih tertumpu pada pengajaran dan pembelajaran aplikasi Microsoft Office Excel dan dalam masa sama mengasah kemahiran penggunaan tetikus dan pintasan papan kekunci.


Tujuan :
• Mempromosikan perkhidmatan Kelas ICT yang di anjurkan PEDi Ayer Hitam
• Berkongsi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Microsoft Excel.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan serentak atas talian dan bersemuka.
• Antara pengisian sepanjang siaran langsung adalah pengajaran Microsoft Excel dalam pembinaan Pixel Art. Pelajar telah membina animasi kartun Hello Kitty di dalam Excel.
• Program ini ditonton oleh pengikut pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Ayer Hitam.


Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :