SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : MELUKIS ANIMASI BERSAMA PELAJAR PEDI AYER HITAM

Aktiviti terkini | 16 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDI Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian kali ini berkaitan pembelajaran secara langsung di dalam kelas Pusat Ekonomi Digital Ayer Hitam Bersama 2 orang pelajar. Pengisian Siaran Langsung lebih tertumpu pada pengajaran dan pembelajaran perisian Microsoft Power Point dengan melukis animasi kartun muslimah yang mudah.

Tujuan :
• Memperkenalkan perkhidmatan Kelas ICT yang di anjurkan PEDi Ayer Hitam • Mendedahakan pelajar dengan penggunaan software Microsoft Power Point.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan serentak atas talian dan bersemuka.
• Antara pengisian sepanjang siaran langsung adalah pengajaran melukis animasi kartun muslimah dengan menggunakan Microsoft Power Point. Kelas ini juga menguji pelajar dalam penguasaan penggunaan komputer dan kemahiran mencantum bentuk berbeza menjadi satu.
• Program ini ditonton oleh pengikut pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Ayer Hitam


Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Penonton dapat bersama-sama menjalan aktiviti dari rumah atau di mana sahaja.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :