KDB : MAKLUMAT PALSU

Aktiviti terkini | 21 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Ayer Hitam


Nama VIP:
Puan Suriani Binti Jusoh


Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian Klik Dengan Bijak kali ini terfokus pada tajuk Maklumat Palsu. Perkongsian kali ini dijalankan menggunakan platform Facebook Live di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Ayer Hitam. Program telah dijalankan dengan kerjasama daripada PEDi Gelang Patah, PEDi Taman Rengit Indah, PEDi Taman Nira dan PEDi Sungai Nibong. Perkongsian kali ini memberi sedikit pencerahan kepada pengikut pengikut Facebook PEDi Ayer Hitam berkenaan isu-isu maklumat palsu dan perundangan berkaitan salah laku dalam dunia maya.


Tujuan :
• Memberi penjelasan kepada komuniti tentang maklumat palsu dan kesan terhadap masyarakat.
• Berkongsi maklumat tentang perundangan salah laku penyebaran maklumat palsu.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan secara atas talian.
• Antara perkongsian maklumat yang diberikan ialah Apa itu maklumat palsu? Isu-isu terkini berkaitan penyebaran maklumat palsu, kesan dan cara perundangan yang boleh diambil oleh mangsa.
• Program ini di tonton oleh pengikut pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Ayer Hitam


Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
• Memperkasakan pengetahuan komuniti tentang bahaya maklumat palsu terhadap kesejahteraan masyarakat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :