KDB : KETAGIHAN INTERNET

Aktiviti terkini | 17 September 2021

Tempat Aktiviti:
Siaran Langsung Facebook Pusat Internet Komuniti Ayer Hitam


Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian Klik Dengan Bijak kali ini terfokus pada tajuk Ketagihan Internet. Perkongsian kali ini dijalankan menggunakan platform Facebook Live di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Ayer Hitam. Perkongsian kali ini memberi sedikit pencerahan kepada pengikut pengikut Facebook Pusat Internet Komuniti Ayer Hitam berkaitan apa itu Ketagihan Internet serta kesan – kesannya.


Tujuan :
• Memberi penerangan kepada penonton berkaitan Ketagihan Internet serta kesan dan cara mengatasinya.
• Memupuk komuniti menjadi Warga Digital yang hebat


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan secara atas talian.
• Antara perkongsian maklumat yang diberikan ialah Apa itu Ketagihan Internet, kesan kesan Ketagihan Internet dan peranan ibu bapa atau penjaga dalam mengatasinya.
• Program ini di tonton oleh pengikut pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Ayer Hitam


Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
• Memperkasakan pengetahuan komuniti Ayer Hitam dalam menjadi warga digital yang hebat


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :