KAFEETEEN@PEDi

Aktiviti terkini | 19 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Ayer Hitam


Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian KafeTEEN@PIK lebih terfokus pada tajuk Pelencongan Sosial Remaja Masa Kini. Perkongsian kali ini dijalankan menggunakan platform Google Meet yang terarah kepada golongan remaja dan komuniti setempat. Program telah dijalankan dengan kerjasama daripada LPPKN Johor dan disampaikan oleh Puan Junainah Jais. Perkongsian kali ini memberi sedikit pencerahan kepada komuniti tentang isu sosial semasa yang semakin mebimbangkan masyarakat.


Tujuan :
• Memberi penerangan kepada komuniti tentang kepekaan terhadap isu sosial remaja.
• Membimbing komuniti agar sentiasa mengambil berat isu sosial di sekitar komuniti.
• Memberi saluran kepada komuniti untuk melaporkan isu sosial sekitar komuniti.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan secara atas talian.
• Antara perkongsian maklumat yang diberikan ialah Isu-isu sosial remaja, Cara mengenalpasti remaja bermasalah, Tindakan komuniti dalam membantu remaja.
• Program ini di tonton oleh pelajar dan komuniti umum yang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program.


Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
• Mengetengahkan kepada komuniti isu sosial remaja yang memerlukan perhatian komuniti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :