TAKLIMAT KDB DAN S.A.F.E SK PARIT LAPIS
Aktiviti terkini | 10 September 2023Tempat Aktiviti:
SK Parit Lapis
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi dan sekolah dalam meyampaikan taklimat berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) dan S.A.F.E kepada pelajar dan juga guru. Program ini hanya berlangsung untuk satu sesi iaitu melibatkan pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Selain taklimat dan penerangan pelajar juga telah diberikan kuiz dan hadiah.
Tujuan :
• Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru tentang Terlebih kongsi dan kesan Ketagihan Internet serta media sosial.
• Menguji kefahaman pelajar tentang KDB dan S.A.F.E.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 12 petang dan berakhir pada jam 1 petang.
• Antara pengisian sepanjang program ialah penerangan tentang tajuk-tajuk kecil KDB seperti terlebih kongsi dan kesan Ketagihan Internet serta media sosial.
• Kami juga membuat sesi soal jawab bersama pelajar untuk menguji kefahaman mereka tentang taklimat yang disampaikan.
Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan pihak sekolah untuk program dan kerjasama yang akan datang.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Mendidik generasi akan datang tentang kebaikan dan keburukan internet serta cara mengatasi isu ketagihan internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :