PROGRAM PAKAR TURUN KAMPUNG
Aktiviti terkini | 27 Mei 2023Tempat Aktiviti:
Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam Batu 18 ,Muar
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan anjuran Lembaga Pelawat HPSF. Program bermula dari 8 pagi hingga jam 1 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti zumba, saringan kesihatan, ceramah Diet dan lain-lain lagi.
Tujuan :
Tujuan Program, ini memberi peluang kepada komuniti setempat untuk berjumpa dengan pakar perubatan bagi mendapatkan pemerikasaan kesihatan dan khidmat nasihat tentang kesihatan diri. PEDi Ayer Hitam, telah menjadi salah satu dari check point pemeriksaan iaitu ceramah diet pemakanan sihat.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
8.00 Pagi – 1.00 Petang
• Pemeriksaan kesihatan oleh Pakar Perubatan Mata, Telinga dan Hidung dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
• Pameran dan Khidmat Nasihat Ubat-Ubatan, Kesihatan Diri, Penyakit Tidak Berjangkit dan Kesihatan Mental.
• Ceramah Penjagaan Kesihatan Mental dan pemakanan
Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan orang ramai supaya peka dengan kesihatan diri.
• Dapat berjumpa dengan pakar perubatan untuk pemeriksaan masalah kesihatan individu.
• Memberi kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :