TAKLIMAT KDB SEK KEB JALAN YUSOF
Aktiviti terkini | 26 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Dewan Sek Keb Jalan Yusof
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi dan sekolah dalam meyampaikan taklimat berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar dan juga guru. Program ini hanya berlangsung untuk satu sesi iaitu melibatkan pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Selain taklimat dan penerangan pelajar juga telah diberikan kuiz dan hadiah.
Tujuan :
• Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru tentang Terlebih kongsi serta kesan buli siber.
• Menguji kefahaman pelajar tentang KDB.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12 petang.
• Antara pengisian sepanjang program ialah penerangan tentang tajuk-tajuk kecil KDB seperti terlebih kongsi dan buli siber. Kami juga membuat sesi soal jawab bersama pelajar untuk menguji kefahaman mereka tentang taklimat yang disampaikan.
Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan pihak sekolah untuk program dan kerjasama yang akan datang.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Mendidik generasi akan datang tentang kepentingan keselamatan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :