PERTANDINGAN MEMBUAT REKABENTUK TANGLUNG

Aktiviti terkini | 21 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah berusia 12 ke bawah. Mereka diberikan bahan asas seperti kertas warna, gam, gunting dan lidi. Mereka perlu membuat sebuah rekacipta tanglung yang kreatif dan cantik. Mereka juga dibenarkan menggunakan bahan tambahan sendiri sebagai bahan hiasan. Mereka diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan rekacipta mereka. Peserta yang menghasilkan tanglung yang cantikk akan memenangi hadiah yang disediakan.

Tujuan :
• Untuk mempelbagaikan aktiviti di PEDi.
• Menarik minat pelajar untuk hadir di PEDi
• Mengasah bakat kreatif pelajar.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 9.30 pagi, peserta berkumpul, untuk pendaftaran dan pembahagian bahan asas.
• 10 pagi hingga 12 petang pelajar menyiapkan dan menghasilakan Tanglung mereka.
• 12 petang hingga 12.30 petang, proses pemilihan pemenang, penyampaian hadiah dan bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan PEDi dengan pelbagai aktiviti yang menarik
• Menarik minat pelajar untuk berkunjung di PEDi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :