TAKLIMAT KDB BERSAMA PELAJAR DAN GURU SEK KEB SERI CHANTEK, BATU PAHAT
Aktiviti terkini | 7 Februari 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Ayer Hitam
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi dan sekolah dalam meyampaikan taklimat berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar dan juga guru.
Program ini hanya berlangsung untuk satu sesi iaitu melibatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6. Selain taklimat dan penerangan pelajar juga telah diberikan kuiz dan hadiah.
Tujuan :
• Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru tentang kebaikan dan keburukan Internet.
• Menguji kefahaman pelajar tentang KDB.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahhari.
• Antara pengisian sepanjang program ialah penerangan tentang tajuk-tajuk kecil KDB seperti, ketagihan internet dan terlebih kongsi. Kami juga membuat sesi soal jawab bersama pelajar untuk menguji kefahaman mereka tentang taklimat yang disampaikan.
Kelebihan Aktiviti :
• Menjalin hubungan erat dengan pihak sekolah untuk program dan kerjasama yang akan datang.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Mendidik generasi akan datang tentang kepentingan keselamatan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :