PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI

Aktiviti terkini | 8 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan sebuah program kerjasama dengan pihak NGO iaitu National Kidney Foundation. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan terutamanya kesihatan buah pinggang secara percuma. Program ini terbuka kepada semua peringkat usia dan komuniti sekitar PEDi Ayer Hitam. Ianya berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3.30 petang. Hasilnya seramai 64 orang telah menghadiri program ini untuk membuat pemeriksaan tersebut.

Tujuan :
• Menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada komuniti setempat.
• Memberikan kesedaran kepada komuniti dan masyarakat tentang kepentingan mengesan dan mencegah penyakit berkaitan buah pinggang dari awal.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program membuat persiapan tempat jam 9 pagi.
• Mula menerima kunjungan komuniti dari jam 10, yang mana mereka membuat ujian saringan air kencing, ujian gula dalam darah, pemeriksaan gula dalam darah, mengukur BMI, membuat ujian kolesterol dalam darah dan sesi kaunseling tentang cara pencegahan dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dengan kerjsama yang terjalin dengan pihak NGO seperti NKF.
• Membantu memberikan khidmat perkidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada komuniti.
• Menggalakkn orang ramai tentang kepentingan mengesan dan mencegah penyakit dari awal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :