SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : CANVA BERSAMA PELAJAR PEDI AYER HITAM

Aktiviti terkini | 8 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDI Ayer Hitam


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian kali ini berkaitan pembelajaran secara langsung di dalam kelas Pusat Ekonomi Digital Ayer Hitam Bersama 3 orang pelajar. Pengisian Siaran Langsung lebih tertumpu pada pengajaran dan pembelajaran aplikasi Canva dan dalam masa sama mengasah kemahiran kreativiti dan mengedit.

Tujuan :
• Mempromosikan perkhidmatan Kelas ICT yang di anjurkan PEDi Ayer Hitam.
• Berkongsi pengetahuan tentang skop pengeditan dengan aplikasi Canva.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah dijalankan serentak atas talian dan bersemuka.
• Antara pengisian sepanjang siaran langsung adalah pengajaran membuat Muka Hadapan dan Belakang sebuah buku scrap dengan menggunakan aplikasi Canva.
• Program ini ditonton oleh pengikut pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Ayer Hitam

Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
• Mempromosikan perkhidmatan yang di sediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Penonton dapat bersama-sama menjalan aktiviti dari rumah atau di mana sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :