KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DI SK TELOK RIMBA SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA, HARI KANAK-KANAK & HARI KEUSAHAWANAN

Aktiviti terkini |31 Oktober 2019

Tempat Aktiviti:
SK TELOK RIMBA

Tujuan :
• Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) kali ini berkonsepkan pameran. Program ini dijalankan di SK TelokRimbasempena bulan sukan Negara, hari kanak-kanak dan hari keushawanan 2019.Pelbagai aktiviti menarikdan jualan produk usahawan kecil yang melibatkan murid, guru, ibubapa dan komuniti. Dengan adanya gerai jualan dan booth pameran daripada badan beruniform seperti bomba dan jabatan kesihatan, tidak ketinggalan jugadengan pameran KDB, ewaste dan myfreeview. Pelbagai aktiviti di booth KDB seperti teka silang kata, kuiz, dan kaunter penerangan mengenai info kdb ,myfreeview,ewaste oleh pusat internet.
• Tujuan pusat internet melibatkan diri dalam advokasi KDB program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mendedahkan kepada pelajar tentang hak-hak mereka dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Selain itu, maklumat yang disampaikan ini juga dapat memberi penerangan mengenai tips keselamatan dan panduan penggunaan internet dengan bijak dan positif dalam kalangan masyarakat.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran dan mendedahkan kepada pelajar tentang hak-hak mereka dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia.
• Memberi penerangan mengenai tips keselamatan dan panduan penggunaan internet dengan bijak dan positif dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :